Tiada kerjasama KEADILAN - Umno: Syed Saddiq jangan jadi askar maya upahan - AMK


Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang tidak akan menyokong sebarang kerjasama di antara Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan individu tertentu daripada Umno yang beliau sifatkan sebagai pemimpin kleptokrat kelihatan pelik dan janggal.


Bagi Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syukri Razab, kenyataan itu dibuat secara tidak semena-mena oleh Syed Saddiq dan ada apa-apa peristiwa duluan mengenai perkembangan muktahir hubungan KEADILAN - Umno yang boleh beliau ulas.


"AMK merasakan terjahan Syed Saddiq terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ini amat pramatang dan dangkal setelah Datuk Seri Anwar berulang kali menyatakan bahawa tidak wujud sebarang usaha rasmi seperti yang didakwa.


"Secara terbuka juga Presiden KEADILAN telah menegaskan bahawa yang berlaku hanyalah sekadar pertemuan-pertemuan tidak rasmi bersama kepimpinan daripada pelbagai parti dalam rangka usaha Pakatan Harapan (PH) mengambil alih semula tampuk kepimpinan Kerajaan daripada Kerajaan pintu belakang.


"AMK juga tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Syed Saddiq melancarkan serangan ini terhadap Presiden KEADILAN.


"Nada kenyataan Syed Saddiq ini juga sangat seiring dengan kenyataan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang cuba menyerang Datuk Seri Anwar melalui isu yang sama. AMK percaya ini adalah langkah terdesak untuk menggagalkan usaha Datuk Seri Anwar membentuk semula Kerajaan PH," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh yang demikian, Syukri menasihatkan agar pemimpin parti Muda itu tidak menjadi sebahagian daripada juru bicara PN dengan membuat dakwaan tanpa asas yang jelas dan kukuh.


Katanya, dalam masa yang sama AMK juga ingin menggesa Syed Saddiq agar konsisten menolak sebarang anasir kleptokrasi termasuk terhadap idola Syed Saddiq, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.


"Setelah apa yang didedahkan oleh Senator Liew Chin Tong baru-baru ini mengenai sikap Tun semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan, tidak kedengaran pula suara Syed Saddiq dalam menegur atau menyerang Tun Mahathir.


"Hanya kerana Tun Mahathir tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah, tidak bermakna sejarah pentadbiran beliau yang dikotori dengan pelbagai pencabulan demokrasi boleh dipadamkan begitu sahaja," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER