Tiada keperluan teruskan darurat, segerakan sidang Parlimen - Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat


Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang mewakili parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) hari ini menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan darurat diadakan mahupun diteruskan.


Dalam satu kenyataan, mereka menekankan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudang cukup bagi membendung jangkitan Covid 19. Di samping menyeru agar Parlimen dibuka bagi membahaskan solusi menyeluruh dalam menetapkan strategi memerangi pandemik.


"Kami menyampaikan pendirian (kepada jawatankuasa) bahawa pendekatan ‘Government Intervention’ dalam bentuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat adalah dua perkara yang berbeza dalam menangani pandemik Covid-19.


"Pendirian kami tiada keperluan untuk Darurat dilaksanakan, sebaliknya pelaksanaan PKP yang lebih ketat adalah kaedah terbaik. Kami juga berpendirian persidangan Parlimen perlu segera diadakan sebagai mekanisme semak dan imbang sesuai dengan prinsip demokrasi berparlimen di negara kita," kata kenyataan berkenaan.


Bagaimanapun, ahli-ahli jawatankuasa itu menjelaskan sehingga ke hari ini Jawatankuasa Khas Bebas Darurat masih belum membuat keputusan sama ada darurat perlu diteruskan atau ditamatkan.


"Setakat hari ini, jawatankuasa masih belum lagi memuktamadkan sebarang keputusan mengenai tempoh melanjutkan atau menamatkan darurat untuk dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata mereka.


Menurut ahli jawatankuasa itu lagi, sejak dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat pada awal tahun 2021 dengan fungsi khas menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelanjutan atau penamatan darurat, ahli-ahli jawatankuasa telah menyampaikan beberapa pandangan kepada jawatankuasa tersebut.


Pandangan-pandangan itu, kata mereka, menyentuh pelbagai perkara darihal pandemik Covid-19, vaksinasi, kematian harian, kemudahan hospital, keadaan ekonomi negara dan kesan kepada kehidupan rakyat.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER