top of page

Tiada keperluan rombak kabinet - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 2
  • 1 min read

"Tidak perlu rombakan ..." kata PM ketika ditemui pemberita di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025
"Tidak perlu rombakan ..." kata PM ketika ditemui pemberita di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada keperluan mendesak untuk rombakan Kabinet dilakukan buat masa ini.


Jelasnya, Kabinet terus berfungsi seperti biasa walaupun dua Menteri telah meletakkan jawatan baru-baru ini


"Tiada keperluan mendesak untuk rombakan sekarang. Dua menteri sudah letak jawatan, (dan) kami memberikan masa kepada mereka untuk memikirkan apa yang mereka mahu lakukan.


"Saya rasa kita tidak perlu buat andaian," katanya dipetik ketika ditemui pemberita di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad.


Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengumumkan pengunduran dari jawatan Kabinet berkuat kuasa pada 17 Jun dan 4 Julai ini.


Hal itu susulan kegagalan mereka mempertahan jawatan yang disandang pada pemilihan parti yang diadakan bulan lalu.


Sementara itu menurut Anwar, aturan sementara akan dibuat untuk memastikan kesinambungan tadbir urus.


Pada masa sama, beliau akan meminta ketua setiausaha dua kementeriain berkenaan untuk terus menjalankan tugas masing-masing.


"Pada (mesyuarat) Kabinet akan datang, saya akan minta menteri (lain) untuk menggantikan sementara (Nik Nazmi dan Rafizi).


"Semua ketua setiausaha diminta untuk meneruskan tugas mereka, kerana kita berada dalam rundingan yang serius … ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk, China dan Amerika Syarikat (AS), termasuk cadangan tarif (Presiden AS) Donald Trump," kata beliau.

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page