top of page

Tiada beza koalisi sebelum atau selepas pilihan raya, asalkan kerajaan stabil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 27, 2022
  • 2 min read


Rang Undang undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dibentangkan hari ini dibahas apakah koalisi membentuk kerajaan sebaik baiknya dibuat pada sebelum pilihan raya dalam sistem politik Malaysia.


Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) berkata, tidak banyak beza sama ada koalisi sebelum atau selepas pilihan raya, asalkan Ahli Parlimen tidak melompat, maka kerajaan akan stabil.


"Pengerang (Ahli Parlimen Azalina Othman Said) juga menyebut RUU ini dibezakan pre dan post election coalition. Di negara kita selama berpuluh tahun kita biasa dengan pre election coalition, namun pada 2020 post election coalition menjadi biasa.


"Bagi saya tidak ada masalah perkara ini kerana adanya ruang kerajaan yang stabil dibentuk


"Port Dickson (Ahli Parlimen Anwar Ibrahim) sebut soal moral di mana kerusi ini bukan barang dagang untuk dijual beli. Ini adalah amanah dari pengundi.


"Saya ingat 2018 kita kutip derma dari rakyat. Ada usaha untuk bawa pengundi pulang. Yang pengundi minta tak banyak, apa yang mereka mahu tunai tanggungjawab tersebut," katanya.


Oleh itu, hal yang tidak mahu dilihat berulang lagi adalah lompat parti sehingga, kata Nik Nazmi, ada ahli politik yang mengagihkan jawatan ketika negara sedang dilanda pandemik Covid 19 semata mata mahu menjadi Perdana Menteri


Mengingat dirinya juga pernah ditawarkan untuk melompat, Nik Nazmi berkata hal itu tidak wajar lagi berlaku di dalam politik Malaysia pada masa hadapan.


"Saya sendiri dan teman teman DAP, kami ditawarkan durian berharga RM30. Kami terima SMS tersebut. Lebih lucu bila kita tak layan mereka tawarkan berapa pula wakil rakyat yang boleh kita bawa.


"Ini perkara bukan lucu tetapi memalukan. Juga sampai masanya peruntukan Parlimen diberikan secara sama rata menerusi Suruhanjaya Parlimen. Tidak perlu melihat Kerajaan, Pembangang atau yang tandatangan MoU sahaja atau tidak," katanya.


Nik Nazmi juga memberi jawapan jelas kepada pihak yang anti memorandum kerjasama antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan.


Katanya, Akta Anti Lompat Parti adalah kejayaan paling manis dalam MoU yang diusahakan hampir setahun lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page