
Calon Naib Presiden KEADILAN, Thiban Subbramaniam merupakan calon termuda yang bertanding dalam posisi utama parti.
Namun kata mantan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat itu, beliau menawarkan diri kerana mahu memartabatkan perjuangan akar umbi KEADILAN.
"Saya akui dalam senarai ini (yang mencalonkan diri) semua nama nama besar dan popular, namun saya sedikit pun tidak gentar untuk bertanding. Saya menjadi calon termuda dalam senarai ini. Terima kasih atas sokongan dan dukungan semua.
"Saya bukan calon yang berprofil tinggi seperti Ahli Parlimen, Menteri Besar, ADUN mahupun Pimpinan Pusat sedia ada. Saya cuma memberanikan diri untuk tampil ke hadapan bagi memartabatkan perjuangan akar umbi KEADILAN. Saya menyerahkan kepada anggota KEADILAN untuk menilai dan memilih," katanya.