top of page

The Muslim 500: Anwar tokoh ke-15 paling berpengaruh di dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 9, 2024
  • 2 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia.


Senarai itu dikeluarkan The Muslim 500 edisi 2025 diterbitkan Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) sebuah pusat kajian bebas yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di Amman, Jordan.


Kedudukan itu naik dua anak tangga berbanding edisi 2024 yang diterbitkan sebelum ini.


Anwar juga dibariskan di tempat kesembilan dalam kategori pemimpin dan ahli politik.


The Muslim 500 juga menyenaraikan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein di tempat pertama diikuti ulama dan Pengarah Dar Al Mustafay, Tarim, Yaman Sheikh Al-Habib Umar Hafiz; Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.


Presiden Indonesia yang baru dipilih Prabowo Subianto dan Pengerusi Nahdlatul Ulama, Yahya Cholil Staquf masing-masing disenaraikan di tempat ke-18 dan 19.


Anwar digambarkan sebagai seorang yang pernah mengharungi pemenjaraan, buangan dan cabaran politik sebelum kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022.


"Di luar kerjaya politiknya, Anwar telah memberikan sumbangan kepada akademik dengan memegang jawatan di institusi seperti Kolej St Anthony, Oxford, Universiti Johns Hopkins dan Universiti Georgetown.


"Beliau juga merupakan pengasas bersama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1981," kata penerbitan itu.


Berkaitan Gaza, Anwar juga lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin dengan menentang kependudukan haram Israel.


"Di manakah kita mencampakkan kemanusiaan, mengapa berlaku hipokrasi ini?" kata Anwar mengenai Gaza yang dipetik penerbitan itu.


Malah penerbitan tersebut turut menyebut mengenai kejadian syarikat gergasi teknologi Meta menurunkan hantaran Anwar mengenai pemimpin Palestin yang dibunuh, Ismail Haniyeh.


"Pertemuan beliau dengan pegawai Hamas termasuk Allahyarham Ismail Haniyeh mendapat kritikan dari Amerika Syarikat (AS).


"Catatan media sosialnya yang menyampaikan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh diturunkan, mendorongnya untuk meyelar Meta."


Penerbitan itu memetik kritikan keras Anwar terhadap Meta; "Biar ini menjadi mesej yang jelas dan tidak berbelah bahagi terhadap Meta, hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai perkakas Zionis Israel yang menindas."

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page