top of page

Thaipusam: Kemenangan ke atas kejahatan intipati Malaysia Madani



Thaipusam satu perayaan untuk memperingati kemenangan Dewa Murugan terhadap kuasa jahat Surapadman bagi penganut Hindu, mungkin menyamai kemenangan Malaysia Madani ke atas unsur unsur tidak bertanggungjawab yang cuba menggugat keharmonian negara berbilang kaum pada waktu ini.


Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, perayaan Thaipusam bagi KEADILAN Wilayah Persekutuan setiap tahun disambut meriah bersama ahli-ahli cabang Wangsa Maju.


Perayaan kemenangan ke atas kejahatan itu tahun ini, katanya, diraikan beliau bersama Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paarthydesan Ganesan dan Setiausaha AMK, Krisna Kumar Ganesan yang telah menetapkan ‘Thaneer Phantar’ di lokasi strategik untuk petugas dari cabang Wangsa Maju memberi air kepada penganut yang menunaikan ibadat manakala Setiausaha Pengelola Cabang S. Maanoj dan Ketua Penerangan pula berada di kuil utama Dewa Murugan di Batu Caves.


"Thaipusam di Malaysia bukan hanya tentang perayaan komuniti Hindu, tetapi juga satu ujian litmus untuk mengekalkan keharmonian antara semua rakyat Malaysia.


"Saya masih ingat, insiden pengagihan burger daging di luar kuil, sedangkan penganut Hindu tidak makan daging pada hari Thaipusam. Begitu juga baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kenyataan berbaur 3R daripada sesetengah pemimpin yang tidak sehaluan dengan kerajaan.


Andre Lai (dua dari kiri) bersama Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran (dua dari kanan) menjelang Thaipusam

"Pada masa mencabar inilah kita harus mengambil peluang ini untuk menghargai kepelbagaian budaya dan agama yang ada di negara kita, yang membuat Malaysia unik dan kuat.


"Dalam konteks Reformasi, kita dapat melihat ia sejajar dengan perjuangan rakyat Malaysia untuk keadilan dan ketelusan. Sama seperti Dewa Murugan berjuang melawan kejahatan, rakyat Malaysia berjuang untuk reformasi dan perubahan positif dalam masyarakat.


"Kedua-duanya menunjukkan kekuatan semangat manusia dan kepercayaan pada kebaikan dan keadilan. Kini, agenda reformasi telah memacu pembaharuan pentadbiran di bawah kerajaan perpaduan Malaysia Madani," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu, beliau sering menerangkan kepada semua bahawa meraikan kepelbagaian, telah menjadi intipati utama semenjak pengasasan reformasi KEADILAN.


"Pemantapan reformasi, justeru menjadi asas penubuhan Malaysia Madani yang telah bertapak dengan kukuh di seluruh negara," katanya.


Tambah beliau, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Presiden KEADILAN telah menetapkan Malaysia Madani sebagai loncatan untuk Malaysia bergerak ke hadapan secara lebih berwawasan, prihatin serta lebih bersatu bersama Sabah dan Sarawak.


"Tidak kira moyang kita yang datang dari Nusantara, China Selatan atau Selatan India – hari ini kita serumpun sebagai sebuah keluarga Malaysia.


"Selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada semua yang meraikan," kata Andre Lai lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page