Thailand, Singapura berjaya kawal harga ayam, apa kurang Malaysia?



Kegagalan Malaysia mengawal bekalan ayam bulat dan kenaikan harga yang melampau menghairankan rakyat. Hal ini kerana jiran di utara dan selatan tanah air tidak pula mengalami masalah seteruk negara ini.


Menurut Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, Thailand berjaya memanfaatkan muka buminya yang subur untuk menghasilkan sebanyak mungkin bahan makanan yang murah, manakala Singapura dengan saiz kawasan terhad pula tidak mengalami masalah bekalan makanan.

Ustaz Fakhrulrazi dalam lawatan ke Thailand

"Thailand berjaya mengawal harga dan bekalan makanan untuk rakyat mereka, termasuk bekalan ayam.


"Singapura yang tidak menternak ayam juga berjaya mengawal harga serta kuasa beli rakyat mereka tinggi.


"Tapi Malaysia walau ada tanah dan pengusaha, bukan sahaja gagal mengawal harga tetapi bekalan makanan pun tak cukup untuk rakyatnya. Di manakah silapnya?" tanya beliau.


Sebelum ini, Fakhrulrazi telah melakukan lawatan kerja ke Thailand dan melihat sendiri industri pertanian di negara itu yang jauh lebih maju berbanding Malaysia.


Beliau tertanya tanya sampai bilakah negara ini akan terus bersikap enggan mempelajari kejayaan Thailand dalam industri ternakan dan makanan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER