top of page

Tewas Pemilihan KEADILAN 2025, Nik Nazmi pilih letak jawatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 28
  • 1 min read

ree

Menteri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad memilih untuk meletak jawatan berikutan kegagalan beliau mengekalkan jawatan Naib Presiden KEADILAN yang dimenangi pada Pemilihan KEADILAN 2022 lalu.


Menurut satu kenyataan, Nik Nazmi memilih untuk meletakkan jawatan kerana pelantikan beliau sebagai menteri sebelum ini berhubung langsung dengan posisi parti.


"Saya sedar kedudukan saya ketika itu sebagai Naib Presiden KEADILAN merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan saya ke Kabinet.


"Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam kenyataan itu juga beliau membariskan beberapa kejayaannya sewaktu menerajui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Disember 2022—Disember 2023, dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada Disember 2023—Julai 2025.


Nik Nazmi dalam kenyataan itu juga menekankan peluang beliau untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen selepas meletak jawatan, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasannya di Setiawangsa.


Peletakkan jawatan Nik Nazmi berkuat kuasa pada 4 Julai 2025. Beliau mula bercuti pada esok hingga 3 Julai 2025.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page