Tetap kerja mantapkan parti biar kemenangan tidak menyebelahi
- Redzuan Shamsudin

- May 31, 2022
- 1 min read

Biar pun kemenangan belum ditakdirkan buat calon Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pusat, Danish Hairudin (gambar, kanan sekali), namun beliau bertekad akan terus bekerja keras untuk memantapkan parti menuju Pilihan Raya Umum ke 15.
Danish yang sepasukan dengan Ketua AMK, Adam Adli dan timbalannya Kamil Munim mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana telah diberi amanah memimpin AMK buat sesi 2022 - 2025.
"Tahniah sahabat Saudara Adam Adli dan Kamil Munim yang menang Ketua dan Timbalan Ketua AMK Malaysia.
"Saya bersama Pravin Murali dan Wendey Agong Baruh tetap teguh bersama walaupun rezeki tidak memihak kepada kami.
"Fokus utama adalah memperkukuhkan parti dan AMK Malaysia bagi mendepani PRU umum kelak," katanya.
Justeru, beliau mengucapkan penghargaan kepada anggota AMK yang mengundinya pada pemilihan kali ini.
"Terima kasih kepada 11,298 anggota AMK seluruh Malaysia yang memberi undi kepada saya. Jasa kalian hanya Allah SWT dapat membalas dengan melimpahkan rahmatNya.
"Akhirnya kita semua tetap Seangkatan," katanya.




Comments