top of page

Teruskan siasat penerima dana UKSB meskipun Zahid dibebaskan - Pemuda Amanah



Siasatan terhadap sekumpulan ahli politik pemerintah yang didedahkan dalam perbicaraan kes korupsi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi perlu diteruskan meskipun beliau telah dibebaskan.


Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhamad Fadzil Ahamad, senarai penerima dana yang telah disebut oleh saksi dari syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) perlu disiasat sepenuhnya dan dibawa ke mahkamah seandainya terdapat bukti berlakunya salah laku.


"Kes rasuah terkait UKSB ini telah mendedahkan dakwaan-dakwaan lain membabitkan senarai penerima dana daripada syarikat itu yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli politik berprofail tinggi termasuklah mantan Perdana Menteri.


"Sebagaimana didedahkan oleh seorang saksi semasa perbicaraan dalam kes berkenaan, yang mengakui telah menyerah sejumlah wang mencecah jutaan ringgit kepada ahli-ahli politik tertentu yang disenaraikan dalam lejar UKSB, dan berdasarkan Laporan Analisis kes Cawangan Forensik dan Teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


"Oleh itu kami menggesa agar siasatan terhadap senarai penerima dana UKSB tersebut diteruskan dan tidak terhenti lewat keputusan kes Zahid," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Fadzil lagi, Pemuda Amanah tetap menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Zahid semalam.


Bagaimanapun beliau mahu Peguam Negara mengemukakan rayuan ke atas kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh 2 minggu yang dibenarkan.


"Pemuda AMANAH Nasional menghormati keputusan Mahkamah yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Zahid Hamidi dari pertuduhan rasuah dalam kes melibatkan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).


"Namun, kami berpandangan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam masih perlu dirayu ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page