top of page

Terus Usaha Kembalikan Mandat Rakyat, PH Kekal Sepasukan


Datuk Seri Anwar memberi jaminan Pakatan Harapan (PH) kekal utuh biar pun ada sedikit perbezaan pendapat mengenai cara mengambilalih Kerajaan Persekutuan yang baharu.


Anwar menegaskan tidak timbul keketapan dengan menolak Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Ke 9 maka KEADILAN bersedia untuk menjadi pembangkang seterusnya.


Katanya, KEADILAN masih berusaha mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen. Cuma cara yang digunakan bukan membeli sokongan, ugut, janji jawatan GLC dan sebagainya.


KEADILAN tidak mahu Ahli Parlimen dianggap barang dagangan untuk dijual beli. KEADILAN berharap dapat menarik minat Ahli Parlimen dari semua pihak untuk menyelamatkan negara dan membaiki ekonomi.


Mengulas mengenai penyokong di bawah berbalas-balas serangan kononnya DAP dan Amanah pengkhianat dengan memberi sokongan kepada Tun, Anwar menegaskan semua itu hanyalah perbezaan pendapat ringan. Tidak adil menuduh kawan-kawan yang bersama-sama berjuang selama 20 tahun telah berkhianat kepada KEADILAN.


Menurut Anwar perbezaan pendapat tercetus mengenai formula perlantikan PM dan TPM. Formula pertama mencadangkan Anwar sebagai PM sekiranya cukup jumlah kerusi. Tidak ada pertikaian, calon daripada PH adalah Anwar.


Namun Tun Mahathir berkeras untuk menjadi PM. Oleh itu timbul pilihan kedua, rakan-rakan seperjuangan mencadangkan Tun sebagai PM selama 6 bulan dengan diikat perjanjian. Bermakna komponen PH juga curiga kepada Tun yang sering menukar janjinya daripada setahun, kepada dua tahun, selepas APEC dan terakhir sehari sebelum pilihan raya sebagaimana tempoh dahulu. Manakala Anwar diminta untuk menjadi TPM biar pun berat untuk dilalui. Hal itu tergantung


Namun biarpun tergantung kerjasama antara PH dan Warisan serta paksi Dr Mahathir tetap diteruskan. Cuma isu-isu semasa perlu diberi keutamaan seperti pembelajaran dalam bahasa Inggeris (PPSMI), tuduhan Melayu malas dan isu-isu ketuanan atau keistimewaan Melayu yang sering menjadi momokan ke atas PH dan perlu diatasi.


Sekiranya PH Plus mengambil semula kerajaan, kata Anwar, kerajaan yang wujud perlu kukuh dan memberikan penyelesaian muktamad kepada masalah Malaysia yang berpanjangan sejak dua dekad lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page