top of page

Terkilan Belanjawan 2021 untuk Sabah dikurangkan hingga RM100 juta


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah meluahkan rasa terkilan apabila peruntukan untuk Sabah pada Belanjawan 2021 hanya sebanyak RM5.1bilion diperuntukan.


Ketua AMK Sabah, Raymond Ahuar berkata, peruntukan itu kurang sehingga RM100juta dari yang diperuntukan pada Belanjawan 2020, ketika dibawah Pakatan Harapan (PH).


"Dalam situasi kritikal Covid-19 yang melanda Sabah, rakyat Sabah mengharapkan peruntukan lebih untuk Sabah. Namun amat mengecewakan apabila ianya dikurangkan ketika Sabah memerlukan peruntukan lebih.


"Kita faham terdapat 12 Negeri di Semenanjung namun kita perlu kembali kepada apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ataupun secara kasar hari ini melihat kepada saiz ketiga-tiga wilayah ini.


"Apa yang kami inginkan adalah pemberian yang adil samada peruntukan belanjawan dibahagikan satu per tiga kepada Sabah dan Sarawak (1/3) atau peruntukan dibahagi dua antara Semenanjung dan tanah Borneo. Ini bermaksud secara geografi Sabah layak menerima 25%, Sarawak 25% dan 50% tanah Semenanjung.


"Sabah dan Sarawak sudah tertinggal jauh dari arus pembangunan walaupun hasil negara kebanyakannya dari dua wilayah di kepulauan Borneo ini," katanya dalam kenyataan.


Beliau juga menganggap Kementerian hal ehwal Sabah dan Sarawak dibawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal berfungsi dengan baik kerana hanya mendapat sedikit peruntukan berbanding dengan wilayah di Semenanjung.


"Saya tidak melihat belanjawan kali ini sesuai dengan perjuangan beberapa pimpinan parti tempatan yang bersama dengan kerajaan PN yang kononnya memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak.


"Saya yakin rakyat Sabah yang memilih PN dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-16 baru-baru ini pasti merasa menyesal apatah lagi apa yang diumum Menteri Kewangan tidak seperti apa yang dijanjikan semasa berkempen di Sabah.


"Ternyata mengembalikan tampuk kekuasaan kepada BN dan PN satu kesilapan dan saya berharap, rakyat akan menilai dan menghukum kerajaan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page