Terima keputusan dengan jiwa besar, yang penting agenda Reformasi diutamakan



Keputusan kalah atau menang dalam Pemilihan KEADILAN 2022 mesti diterima dengan jiwa besar.


Bagi calon Ketua Wanita KEADILAN pusat, Senator Fadhlina Sidek, perkara paling penting adalah meneruskan agenda reformasi serta menobatkan KEADILAN sekali lagi mengepalai misi penting menawan Putrajaya.


"Keputusan ini saya terima dengan jiwa besar, sebagai sebuah keluarga yang sentiasa meletakkan agenda islah sebagai keutamaan. Tumpuan kita bukan lagi perselisihan tetapi bagaimana mahu merangkul dan menghimpunkan semua kekuatan yang ada untuk terus mengukuhkan KEADILAN.


"Terima kasih juga buat cabang saya, Cabang Bangi yang sangat supportive dan telah menunjukkan daya juang tinggi. Terima kasih juga buat cabang angkat saya, Nibong Tebal yang sentiasa berdiri teguh bersama saya.


"Saya akan teruskan tugas kenegaraan seperti biasa sebagai Ahli Dewan Negara, menguruskan 5 NGO sebagaimana lazim juga terus vokal dalam isu-isu yang menjadi forte dan niche saya selama ini," katanya.


Di samping itu, Fadhlina juga merakamkan syukur dan berterima kasih kepada semua jentera wanita yang telah bertungkus lumus bekerja keras sehingga beliau menang di beberapa negeri.


"Kemenangan besar saya di Selangor, Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, bagi saya sangat signifikan mengisyaratkan kekuatan akar umbi yang harus diberi perhatian.


"Kepada lebih 21,000 anggota Wanita KEADILAN yang mengundi saya terima kasih kerana telah mempercayai merit, kelayakan dan tawaran saya.


"Barangkali ia belum cukup untuk menang, tetapi kalian cukup berani menterjemahkannya dalam bentuk undi dengan segala risiko yang ada," katanya.


Fadhlina juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita KEADILAN pusat Rodziah Ismail serta kepada kepimpinan Majlis Wanita Pusat yang bakal dilantik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER