top of page

Terima keputusan Biro Politik, UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan - Lokman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dinasihatkan menerima keputusan parti dengan berlapang dada selepas kepimpinan tertinggi parti itu sebulat suara memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) berkata, Dr Muhamad Akmal yang hadir dalam mesyuarat Biro Politik UMNO telah mendengar pandangan keseluruhan pimpinan, termasuk barisan lima teratas parti merangkumi Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan Ketua-Ketua Perhubungan yang menjadi anggota Biro Politik.


"Jadi saya harap beliau menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pun ada mengatakan bahawa walaupun kita mengambil keputusan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, tidak akan 'tebuk atap' tetapi kita akan teliti cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam konvensyen yang dianjurkan oleh Pemuda (UMNO).


"Dia (Dr Muhamad Akmal) kata nak berundur (selepas mesyuarat), berundur yang mana satu saya tak pasti (sama ada) berundur sebagai Ketua Pemuda UMNO, berundur sebagai Exco Kerajaan Negeri atau berundur sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya dalam satu siaran video di Facebook rasmi beliau semalam.


Semalam, Dr Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau, Melaka memberi bayangan kemungkinan meletak jawatan dengan mengatakan beliau mungkin telah sampai ke tahap di mana perlu memberi laluan.


Dalam satu hantaran di Facebook, Dr Akmal berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk menyampaikan pesannya dan mencadangkan sebarang kekurangan mungkin terletak pada dirinya sendiri, sambil menambah bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk beliau berundur.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyokong atas suara dan sokongan mereka terhadap perjuangan, serta menzahirkan keyakinan bahawa niat yang ikhlas untuk agama, bangsa dan negara akan akhirnya mendapat ganjaran.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page