top of page

Terima kekalahan bersama-sama, bukan tuding jari satu sama lain


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Manivanan Gowin menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang terus menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) bukanlah tindakan yang wajar.


Beliau sebaliknya berkata, tindakan itu hanyalah sekadar mencari kesilapan orang lain dan bukannya bangkit daripada kekalahan.


"Dalam pilihan raya, apabila berlaku kemenangan semua teruja ke hadapan untuk mendapat kepujian. Apabila berlaku kekalahan semua mengundur ke belakang lalu menuding jari ke arah seorang.


"Sentiasa mencari kesilapan orang lain, sehingga dikaburi kekhilafan sendiri. Namun, kita berubah, mencari kematangan mengikut penambahan usia.


"Walaubagaimanapun, perangai kebudak-budakan seperti pantas menuding jari ke arah orang lain, masih berterusan dalam segelintir manusia yang tidak dimatangkan oleh proses keusiaan.


"Setiap kali insan bernama Anwar Ibrahim mengorak sesuatu langkah, semua menunggu untuk menikmati habuannya. Sekiranya gagal, dia seorang sahaja dipersalahkan. Mengapa begitu rupa?


"Jangan perangai macam budak sekolah. Rakyat sedang memerhatikan. Seharusnya, kita kena menerima keputusan pilihanraya dengan hati yang terbuka, mengucapkan tahniah kepada yang menang, dan memulas kepala untuk idea yang bernas untuk mara ke hadapan, menghadapi pilihan raya yang akan datang," katanya.


Tambahnya, menang atau kalah perlu ditanggung bersama bukannya hanya ditanggung oleh individu.


"Jika beginilah sikapnya, jangan harap rakyat akan sokong kita. Tsunami kekalahan di PRN Melaka, adalah satu signal kepada kita semua. Rakyat mahu melihat kita bersama, sebagai satu unit yang padu, dan bukan menuding jari antara satu sama lain.


"Tegur menegur antara satu sama lain dan menuding jari antara satu sama lain, adalah berbeza. Menegur itu membina, menuding itu membinasa.


"Belajar prinsip setiakawan, menang kongsi sama rata, kalah kongsi sama rata. Inilah adat persahabatan.


"Persahabatan yang baik, mungkin ada perbelahan tetapi tidak mudah berpecah. Persahabatan yang hipokrit, mudah berpecah walaupun tanpa perbelahan.


"Maka, sama-sama kita menghayati dan mempraktikkan, peribahasa Melayu iaitu bukit sama didaki, lurah sama dituruni," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page