Terima kasih PDRM banteras daging import haram, jaga kesucian makanan


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertungkus-lumus membanteras penyeludupan daging import yang tidak mempunyai permit dan logo halal.


Ini selepas beliau turut serta dalam meninjau operasi PDRM daripada Cawangan Pasukan Gerakan Khas (PGK) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang telah menyerbu sebuah gudang di Puchong selepas disyaki menyimpan dan membekal produk daging beku yang tidak ada permit import dan logo halal.


"Saya merasa kagum dan ucapan tahniah kepada pihak PDRM yang sanggup membanteras masalah isu daging import ini.


"Pengorbanan dan keikhlasan pasukan polis dalam memastikan isu-isu penyeludupan sangatlah dihargai. Ucapan tahniah daripada saya kepada PDRM yang membuat operasi ini dan juga kepada pihak MAQIS yang menjalankan siasatan secara profesional," katanya.


Pada masa sama, Fakhrulrazi berharap kegiatan penyeludupan daging import tanpa permit dapat ditangani dengan lebih baik supaya rakyat terus mendapat makanan yang suci dan halal.


"Semoga kegiatan ini dapat dibasmi demi memastikan rakyat malaysia mendapat makanan yang halal dan sihat. Tahniah kepada semua yang terlibat.


"Saya pastinya akan terus membantu dan bersama mana-mana pihak untuk memastikan makanan halal benar-benar dibekalkan kepada pengguna muslim di Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER