top of page

Terengganu mampu lakukan perubahan, kerajaan pernah bertukar ganti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 21, 2023
  • 1 min read


Terengganu bukanlah negeri kubu kebal Pas atau PN kerana dalam sejarah politik negeri itu kerana Pas hanya pernah memerintah sebanyak 3 kali dalam 60 tahun. Selebihnya politik negeri itu dikuasai BN


Hal itu, kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Rafizi Ramli, tidak ada masalah untuk Pakatan Harapan (PH) atau KEADILAN mahu melakukan kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


"Kalau nak lihat masa depan KEADILAN di Terengganu, hipotesis asal Terengganu itu lama sangat (di bawah Pas) dan tak boleh berubah.

"Kita lihat akar umbi Umno (misalnya) lebih lama seperti Johor dan Melaka, akar itu boleh tercabut, tak ada masalah.


"Jadi negeri akar umbi (Pas) tertutup tak betul. Tambah pula Terengganu yang ada gelombang di Kemaman, pernah menang di DUN Bandar atau Kuala Terengganu dan lain lain," katanya dalam Konvesyen Pilihanraya Negeri Terengganu 2023.


Menurut Rafizi, ramai orang luar tidak tahu bahawa pengundi Terengganu bukanlah berfikiran seperti penduduk di pendalaman kerana kebanyakan parlimen mempunyai komuniti sub bandar yang besar.


"Sebenarnya ada pengundinya sudah sampai taraf bandar dan separa bandar.


"Sebahagian kawasan misalnya Kuala Terengganu atau Paka, Kertih sebahagian Kemaman latar belakang ekonominya dan pendidikan tak banyak berbeza dengan Melaka atau Johor," katanya


Justeru, beliau berkata mind set jentera parti di Terengganu perlulah berubah terlebih dahulu dan keadaan Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh KEADILAN juga boleh menjadi faktor pembolehubah yang baik dalam PRN akan datang.


"Komponen (kerajaan) paling besar adalah PH dan komponen paling besar sudah tentu dari KEADILAN. Itu faktor kita ada, yang tak ada sebelum ini.


"Kita juga ada peluang 5 tahun ini untuk tunjuk (rekod) lebih baik. Kalau peluang pekerjaan rakyat itu lebih baik (dalam pemerintahan Kerajaan Perpaduan) dan itu boleh beri lonjakan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page