top of page

Terapkan sifat ihsan, rahmah dalam masyarakat - Saifuddin



Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru rakyat Malaysia agar menerapkan sifat ihsan dan rahmah setelah selesai madrasah tarbiyah Ramadan.


Katanya, umat Islam juga perlu menghayati roh Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa kegembiraan, mempererat silaturrahmi dan yang paling utama mempertingkat keimanan kepada Allah SWT


"Seiring dengan itu, terapkan juga sifat ihsan dan rahmah kepada sisi masyarakat yang tidak bernasib baik, semaikan mesej perpaduan, bersatu-padu, kasih sayang, hormat menghormati dan segala nilai murni ke tengah masyarakat," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri.


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menasihati agar pengguna jalan raya berhati hati ketika memandu dan menggunakan cuti khas hari raya pada Isnin ini sebaik baiknya.


"Saya, isteri dan keluarga mengucapkan Salam Aidilfitri, Minal 'Aidin wal-Faizin, Kullu Am Wa Antum Bikhair kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga yang tidak dilupakan kepada semua anggota keselamatan yang bertugas di musim perayaan ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page