Tender Vellfire untuk berjimat atau Menteri mudah beli selepas tamat perkhidmatan?



Pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) kegunaan menteri dari Proton Perdana kepada Toyota Vellfire 2.5L dikatakan merupakan satu penjimatan, namun timbul isu lain apabila proses sewaan kenderaan itu tidak dilakukan melalui tender terbuka.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, biar pun Kementerian Kewangan mendakwa berlaku penjimatan 'sebesar' RM2.80 sebulan, namun hal itu perlu dibahaskan lebih lanjut di Dewan Rakyat bagi mencari ketelusan berikutan kontroversi berkenaaan.


"Saya sarankan kejayaan (penjimatan) ini harus dicatat dalam "Pencapaian 100 hari Pentadbiran Baru" yang bakal dilaporkan kepada rakyat. Sudah pasti rakyat akan bangga dengan pencapaian Menteri Kewangan (MOF) yang berjiwa rakyat ini.


"Kenyataan Media MOF bertarikh 7 November menimbulkan lebih pertanyaan daripada menjelaskan isu Vellfire Menteri.


"Antaranya, rakyat tertanya-tanya isu pokoknya: Mengapakah kerajaan menyewa kereta mewah yang memakan belanja berjuta-juta apabila rakyat sedang sengsara bergelut dengan krisis ekonomi dan krisis pandemik yang memerlukan bantuan kewangan kepada rakyat bukan "Bantuan Kereta Mewah" kepada Menteri.


"Kementerian juga perlu menjawab apakah syarikat konsesi ini mendapat kontrak secara tender terbuka atau direct negotiation? Konsesi Syarikat Spanco telah tamat kontrak pada tahun 2020," katanya.


Tambah Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, pada era PH berkuasa sebanyak 7 syarikat telah memasuki tender terbuka untuk membekalkan kereta rasmi kerajaan. Dengan tender terbuka, kerajaan akan dapat memilih syarikat yang memberi "value for the money".


Walau bagaimanapun, katanya, kerajaan BN-PN-Pas yang mengurus tadbir tanpa manifesto dan bersembunyi di sebalik darurat lebih bebas berbuat sesuatu tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban.


"Dengan pembukaan Parlimen maka kita memohon Kementerian Kewangan menjelaskan isu tender syarikat konsesi. Berapakah syarikat yang memasuki tender? Apakah syarat-syarat yang menguntungkan kerajaan?


"Penjelasan ini diperlukan supaya rakyat tahu Kerajaan Keluarga Malaysia betul-betul berusaha menjimatkan duit keluarga-keluarga Malaysia," katanya.


Selain itu, Sim juga mahu penjelasan apakah penyewaan Vellfire tersebut telah dirancang sedemikian rupa untuk dibeli dengan harga rendah oleh para Menteri selepas perkhidmatan mereka tamat.


"Saya memohon penjelasan Kementerian Kewangan sama ada Menteri-menteri BN-PN-Pas layak membeli kereta Vellfire pada kadar nominal selepas genap 3 tahun berkhidmat.


"Kerajaan Umno-BN terdahulu membenarkan menteri yang berkhidmat genap 3 tahun membeli kereta rasmi kerajaan pada kadar nominal. Datuk Seri Najib boleh jawab isu ini, kerana ini polisi kerajaan pimpinan beliau. Soalan kepada Datuk Seri Najib adalah berapakah kadar nominal pembelian kereta rasmi kerajaan selepas 3 tahun.


"Kepada Menteri Kewangan sekarang, berapakah kadar nominal untuk mendapatkan kereta Vellfire tersebut," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER