top of page

Tempoh tawaran subsidi penerbangan musim perayaan dilanjutkan



Kementerian Pengangkutan (MOT) melanjutkan tempoh bantuan subsidi penerbangan sehala antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan dari tiga kepada empat hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook berkata, ia membabitkan tarikh penerbangan pada 6, 7, 8 dan 9 April.


"Mengambil kira bahawa 6 April adalah Sabtu iaitu sebelum Hari Raya, kerajaan memahami ramai mengambil peluang untuk pulang hujung minggu," katanya dipetik pada sidang media Initiatif Tambah Baik Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya pada Jumaat.


MOT pada Disember lalu melancarkan inisiatif bantuan subsidi sempena musim perayaan untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan.


Di bawah inisiatif tersebut, kerajaan menanggung kos tiket penerbangan sehala yang melebihi RM599 untuk tiga hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas.


Sementara itu menurut Loke, penambahbaikan untuk musim perayaan Aidilfitri kali ini selaras dengan usaha kementerian untuk membantu perantau balik kampung, dan memenuhi permintaan pengangkutan awam yang tinggi sempena sambutan Aidilfitri.


Ia dijangka akan memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta untuk kerajaan.


Mengulas lanjut, Loke berkata kerajaan juga akan meneruskan inisiatif-inisiatif lain termasuk memudah cara penambahan penerbangan.


Ujar beliau, bagi Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah memudah cara sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April.


"Strategi ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga yang lebih murah," tambah beliau.


Pada 4 Mac 2024, AirAsia turut memberi kerjasama dengan menawarkan 22,000 tiket penerbangan pada harga tetap RM298 sehala untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, dan RM348 sehala untuk Kuala Lumpur ke Sabah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page