top of page

Teliti semula syarat STR, pastikan rakyat terus dapat manfaat - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 15
  • 1 min read

ree

Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) wajar diteliti semula agar rakyat yang menerima kenaikan gaji tetap layak menerima bantuan berkenaan.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) ketika mencadangkan perkara itu berkata, walaupun ada penerima yang mengalami peningkatan pendapatan, sebahagian mereka masih memerlukan sokongan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup.


"Saya ambil maklum ada penerima yang sebelum ini layak STR tetapi selepas mereka bekerja dan memperoleh kenaikan gaji, kelayakan itu terhenti. Jadi, had kelayakan STR ini wajar diteliti semula.


"… mungkin saya nak cadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya perkara ini dinilai semula memandangkan kita menyaksikan ada kenaikan gaji," katanya dipetik.


Terdahulu Fahmi menziarahi beberapa keluarga dalam program Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang di Permatang Pauh pada Ahad.


Siri Ziarah itu sempena lawatan kerja tiga hari ke Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth pada 16 Sept ini.


Turut serta ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan.


Program Ziarah Kasih Komuniti MADANI merupakan inisiatif kerajaan MADANI untuk menyantuni golongan memerlukan serta memahami permasalahan rakyat di peringkat akar umbi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page