TEKUN: KUSKOP cari kaedah baharu tanggani tunggakan pinjaman
- Suara Keadilan

- Mar 6, 2024
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengambil langkah pemberian diskaun secara terus kepada peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang mempunyai tunggakan pembiayaan.
Timbalannya Datuk R Ramanan berkata, selain kaedah pengurangan bayaran balik pinjaman pihaknya sedang mempergiatkan tindakan undang-undang bagi memastikan peminjam dalam kalangan perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS) memainkan tanggungjawab dengan melunaskan pembayaran mengikut jadual.
"Selain itu, pihak kementerian juga berkolaborasi dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk dimasukkan dalam CTOS dan mempergiatkan kutipan daripada ibu pejabat dan cawangan TEKUN," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) langkah kerajaan mengutip tunggakan pembiayaan daripada peminjam TEKUN.
Selain itu, bagi menjawab soalan tambahan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) sama ada kerajaan berhasrat menambah lagi jumlah peruntukan dalam TEKUN memandangkan negara masih dalam fasa pandemik Covid-19, Ramanan berkata kadar pinjaman institusi pembiayaan itu masih lagi rendah.
Pada tahun 2022 skim pinjaman mikro telah diberikan ‘zero interest’ dan ketika ini pembayaran adalah 4%.
"Ia lebih rendah daripada mana-mana pinjaman bank namun segala ketetapan (peruntukan dana) adalah di bawah Kementerian Kewangan," ujarnya lagi.









Comments