top of page

Tekad perjuangkan masalah anak muda India - Dharshinee

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dharshinee Suresh Kumar bertekad mahu menjadi jambatan antara suara rakyat dengan barisan kepimpinan parti untuk menyuarakan keresahan dan aspirasi generasi muda tanpa kompromi serta rasa takut.


Itu iltizam disuarakan Dharshinee susulan jawatan tersebut yang dimenanginya pada Pemilihan KEADILAN bagi sesi 2025-2028 yang diadakan Jumaat lalu.


Katanya kejayaan itu bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi kemenangan buat suara anak muda terutamanya daripada komuniti yang sering terpinggir dalam wacana arus perdana.


"Saya berdiri bukan hanya sebagai wakil kaum India, tetapi sebagai suara untuk semua anak muda Malaysia yang mendambakan keadilan, kesaksamaan dan peluang yang saksama.


"Selain itu, saya akan bekerja tanpa henti demi memastikan lebih banyak peluang diberikan kepada anak muda India dalam parti daripada segi penyertaan, kepimpinan, pendidikan politik, dan pembangunan ekonomi. 


"Masa depan kita bergantung kepada seberapa inklusif perjuangan kita hari ini dan saya juga komited mahu mengangkat isu-isu yang telah lama membelenggu komuniti India.


"Ia seperti pendidikan, ekonomi, pengangguran, dan diskriminasi sistemik serta mendesak agar penyelesaian yang sebenar dan berkesan dilaksanakan," katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam era politik baharu ini, Darshinee berkata, negara perlu dibina berdasarkan asas kepelbagaian, keterangkuman, harapan bersama dan juga perlu melangkaui batas kaum, agama serta jantina.


"Saya melangkah ke hadapan sebagai satu-satunya wanita muda India dalam barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat AMK bukan kerana ingin dikenali.


"Tetapi kerana saya percaya bahawa komuniti India khususnya golongan muda, berhak mendapat tempat yang lebih besar dan lebih bermakna dalam politik negara ini.


"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli parti, sukarelawan, dan penyokong yang telah memberikan kepercayaan serta dorongan sepanjang perjuangan ini.


"Kemenangan ini adalah milik kita bersama dan perjalanan baru bermula. Jadi saya seru semua anak muda dari bandar dan desa, semua latar belakang marilah kita berganding bahu, dan membina sebuah Malaysia yang lebih adil, progresif dan bersatu," ujar beliau lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page