top of page

Tebatan banjir: Penyokong Pas digesa henti sebar propaganda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 8, 2023
  • 1 min read


Penyokong Pas digesa mengamalkan politik matang dengan tidak menyebarkan propaganda yang boleh mengelirukan masyarakat.


Menurut KEADILAN Cabang Kemaman, tindakan menyebarkan propaganda kononnya projek tebatan banjir dibatalkan dilihat hanya bertujuan untuk membina persepsi buruk rakyat kepada kerajaan.


"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun berkata projek tembatan banjir tidak pernah dibatalkan. Yang dibatalkan adalah proses rundingan terus tanpa tender serta proses yang tidak mengikut tatakelola yang betul berhubung projek berkenaan.


"Penyokong Pas sengaja memutar belitkan fakta dengan mengatakan kerajaan membatalkan projek tebatan banjir yang telah diluluskan oleh pentadbiran sebelum ini," kata KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan.


Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam menegaskan projek tebatan banjir tidak dibatalkan seperti yang didakwa.


Sebaliknya ia tetap diteruskan tetapi menggunakan kaedah baharu iaitu tender terhad, bukannya runding terus.


Ahli Parlimen Tambun itu turut menjelaskan beliau turut memberi arahan supaya projek tebatan banjir di kawasan kritikal disegerakan.


"KEADILAN Kemaman juga mengingatkan kepada penyokong Pas supaya berhenti mengelirukan rakyat.


"Berpolitiklah secara matang dan budiman. Tidak sepatutnya sebuah parti yang melaungkan slogan Islam tetapi mengamalkan politik fitnah dan provokasi jahat," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page