Team bencana Parlimen Simpang Renggam yang digerakkan oleh KEADILAN Cabang Simpang Renggam berusaha mengumpulkan bantuan mangsa banjir untuk dihantar ke Selangor.
Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang Simpang Renggam, Faizul Abd Ghani bantuan pertama telah pun dihantar semalam dan bantuan berikutnya akan dihantar 25 Disember ini.
"Alhamdulillah team kami selamat sampai di rumah En Nazrudin Abd halim di Cheras, Batu 10 di tempat mengumpul barang bantuan bencana negeri Johor.
"Menurut tuan rumah barang yang dikumpul di kediamannya akan diagihkan ke pusat bantuan banjir
"Saya amat berterima kasih kepada para penyumbang terutama NGO NGO, penyumbang individu, peniaga dan sukarelawan dari seluruh Johor yang sudi menyumbang," katanya.
Menurut beliau lagi, misi bantuan ke Selangor siri 2 akan digerakkan beberapa hari lagi dan sumbangan boleh disalurkan kepada Imtia IejaFood, Pengurus Sumbangan Team Bencana Simpang Renggam.
Penyumbang juga boleh mengubungi di talian (Simpang Renggam) Shuhaib 0177112836, 0137722417(Faizul) dan bandar Kluang, Imtia 0189454342
Commentaires