top of page

Tarik Rayuan Kalimah Allah: Hormati Hukum, Tolak Politik Sempit



Oleh: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa


ULASAN: Keputusan Kerajaan Malaysia Madani menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mac 2021 yang berpihak kepada pemohon Jill Ireland dari Sarawak meningkatkan lagi suhu polemik yg berlarutan sejak 2008. Pada 11 Mei 2008, CD berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill Ireland oleh pihak Kastam di LCCT Sepang.


Asas kes ini ialah pertikaian pemohon Jill Ireland kepada pekeliling KDN 1986 yang melarang penggunaan kalimah 'allah' dan beberapa perkataan lain dalam penerbitan untuk penganut Kristian. Tujuan pekeliling adalah untuk mengelakkan kekeliruan kepada orang Islam yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Hakim Nor Bee telah memutuskan bahawa :

"... the decision to make the 1986 directive was also “irrational and perverse”, as there was total disregard that it would be in direct conflict with the still valid 1982 gazetted government order. (The 1986 directive would effectively be a ban on the Alkitab due to the use of the word “Allah”, while the 1982 order only bans the Alkitab outside of churches).


Hormati hak mengamalkan ajaran agama


Ringkasnya pertikaian ini dihujahkan oleh pemohon berasaskan artikel 11 Perlembagaan Malaysia tentang haknya dalam mengamalkan kebebasan beragama dan bagi tujuan pembelajaran peribadi. Selain itu asas Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak dalam artikel 8 tentang keadilan yang perlu diberikan kepada warganegara tanpa diskriminasi agama.


Keputusan Mahkamah Tinggi Mac 2021 yang memberikan hak kepada Jill Ireland dari Sarawak untuk mendapatkan semula CD yang dirampas kerana menggunakan kalimah "allah" jelas adalah masalah teknikaliti perundangan yang melihat sejauhmana Pekeliling KDN melanggar artikel 11 atau tidak. Keputusan juga mengambil kira bahawa ada kawalan yang tersedia ada dalam pengecualian iaitu larangan menyebarkan agama lain dalam 11(4) dan dalam enakmen kawalan pengembangan agama lain di negeri2 yang telah menggubalnya (kecuali beberapa negeri)


Dengan kata lain keputusan Mahkamah Tinggi 2021 adalah menjawab masalah tuntutan kebebasan peribadi seorang warganegara mengamalkan kepercayaannya bagi tujuan pembelajarannya dan tanpa menyebarkannya telah diputuskan atas asas penafsiran perundangan negara dan bukan atas asas teologi agama. Hakim Datuk Nor Bee menjelaskan:


"The right to profess and practise one’s faith should include the right to have access to religious materials, noting it was not disputed that the eight CDs seized were for Jill Ireland’s personal religious edification"


"As for the constitutional right to equality before the law and non-discrimination sought by Jill Ireland, it was clear that the Sarawakian had been discriminated"


"The facts in Jill Ireland’s case showed that the home minister’s 1986 decision — which was being challenged — was based on public order considerations and not theological considerations"


Tiada paksaan dalam beragama


Kerajaan Malaysia Madani adalah kerajaan yang terbina atas Prinsip Hukum yang menghormati undang-undang dan pada waktu yang sama menjunjung asas Islam sebagai Agama Persekutuan. Dalam prinsip keempat M A D A N I iaitu HORMAT atau RESPECT perlu menterjemahkan erti antara lainnya menghormati hak peribadi seseorang untuk mempelajari agama yang dianutinya selama ini.


Ini tidak bercanggah dengan kehendak prinsip "Tiada paksaan dalam beragama" kepada bukan Islam sebagai tanda menghormati hak bukan Islam. YAB Perdana Menteri ketika melancarkan Malaysia M A D A N I berkata:

"It encourages mutual respect as a social and cultural norm to enhance inclusiveness" ("Madani menggalakkan prinsip saling hormat-menghormati sebagai satu norma sosial dan budaya bagi menggalakkan keterangkuman")


Pihak yang mencetuskan isu ini tidak perlu mengheret kepada perdebatan emosi sehingga memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk melebarkan jurang kebencian agama sesama rakyat. Tidak perlu dilebarkan kepada soal "Islam tercabar" kerana ia soal teknikal perundangan pada tuntutan hak peribadi warganegara yang bukan Islam untuk tujuan pembelajarannya. Pada waktu yang sama tiada halangan untuk perdebatan teologi selagi ia dilakukan "bil hikmah" (hikmah) " mauizatil hasanah" (peringatan baik) "jadilhum billati hia ahsan" (perdebatan sihat).


Jangan samakan hak individu vs umum


Kerajaan Malaysia Madani telah berjanji menjunjung Islam sebagai Agama Persekutuan dan merancakkan lagi keberkesanan Dakwah yang penuh RAHMAH. Ruang Islam terbuka luas dalam Malaysia Madani dan janganlah disempitkan hanya dengan keputusan 2021 ini yang tujuannya hanyalah untuk menjawab hak peribadi seorang warganegara untuk tujuan pembelajaran agamanya yang berasaskan kepada prinsip hukum sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.


Saya yakin keputusan penarikan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Mac 2021 bukan kerana Malaysia Madani tidak membela Islam seperti mana didakwa sesetengah pihak tetapi adalah untuk memelihara hak individu yang berhak mendapat keadilan tanpa prejudis tetapi pada waktu yang sama tidak membawa kesan terjejasnya ketenteraman awam.


Jangan meracuni rakyat dalam isu penarikan rayuan ini dengan menyemai bibit kebencian atas kepentingan politik sempit pihak yang terdesak.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Presiden Parti AMANAH dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak. Beliau juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerajaan Pakatan Harapan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page