top of page

Tarif elektrik domestik kekal, persiapan hadapi banjir Pantai Timur diperkemaskan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 14, 2022
  • 1 min read


Tarif elektrif untuk kegunaan domestik atau rakyat biasa tidak akan dinaikkan. Sementara kenaikan hanya akan dikenakan kepada sektor komersial dan industri.


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim usai mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan petang ini.


"Kerajaan tidak akan mengizinkan rakyat dibeban dengan kenaikan tarif elektrik. Justeru itu kenaikan hanya melibatkan syarikat dan konglomerat," katanya.


Dalam mesyuarat itu juga, kata beliau, Kabinet telah memutuskan bahawa Peguam Negara akan meneliti semula isu tuntutan Pulau Batu Puteh dan proses rundingan lebih bermakna dengan negara sahabat Singapura akan digerakkan.


Mengenai persiapan banjir pula, kata Anwar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan ke Pantai Timur untuk memastikan tahap siap siaga jentera kerajaan menghadapi musibah.


"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan ke negeri Kelantan esok untuk mengenal pasti masalah dan langkah awal persiapan hadapi banjir.


"Saya juga menerima laporan dari Pengerusi Suruhanjaya Diraja Tabung Haji terkait menambahbaik aspek pengurusan, dan perbincangan akan dibuat pada bulan Januari depan," katanya.


Berhubung tindakan Perdana Menteri tidak mengambil gaji bulanan, Anwar mengulas hal berkenaan tidak perlu dipolemikkan kerana sebelum ini Yang di-Pertuan Agong juga bertindak demikian sepanjang pandemik COVID 19 lalu.


"Keputusan saya untuk tidak mengambil gaji serta Menteri Kabinet membuat pemotongan gaji adalah bertitik tolak daripada langkah sama yang dibuat lebih awal oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong sejak negara dilanda COVID-19," katanya lagi.




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page