top of page

TAPS bakal dibina atasi masalah pencemaran Sungai Linggi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 14, 2023
  • 1 min read


Sebuah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) berkapasiti 250 juta liter sehari (MLD) bakal dibina di Linggi, Negeri Sembilan pada penghujung tahun depan.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, TAPS itu bakal berfungsi sebagai simpanan bekalan air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi jika berlaku pencemaran di sungai itu pada masa akan datang dan akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

"Ia merupakan perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah bekalan air di LRA Sungai Linggi sekiranya berlaku penutupan akibat pencemaran.


"Penutupan operasi LRA Sungai Linggi (baru-baru ini) disebabkan pencemaran. Masalah ini memberi kesan kepada lebih kurang 42,000 akaun (pengguna) di sekitar Seremban dan Port Dickson," jelasnya selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.


Dalam pada itu Aminudin berkata, Badan Kawal Selia Air negeri, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Jabatan Alam Sekitar negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengesan sebuah premis di kawasan perindustrian di Seremban 2 disyaki menyebabkan pencemaran LRA Sungai Linggi baru-baru ini.


Sehubungan itu jelasnya, sampel air dari premis tersebut turut diambil untuk tujuan siasatan.


"Semasa siasatan, agensi terlibat memberikan fokus kepada kawasan perindustrian, bengkel-bengkel lori, kawasan operasi permit pasir bermula dari kawasan Pantai, Seremban 2, Mambau, sepanjang jalan raya Seremban-Rantau membawa sehingga ke LRA Sungai Linggi," katanya.


Media sebelum ini melaporkan beberapa kawasan di Port Dickson dan bandar raya ini mengalami masalah gangguan bekalan air berikutan masalah sumber air mentah berbau diesel di LRA itu pada Sabtu dan 7 Nov lepas.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page