top of page

Tangani segera Covid 19: Anjur dialog PM - Ketua Pembangkang


Wabak Covid 19 yang tidak berjaya ditangani dengan baik oleh kerajaan Perikatan Nasional memerukan satu pendekatan baharu diusahakan demi menyelamatkan rakyat Malaysia


Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam hal ini perlu mempunyai kesungguhan politik untuk mengatasi malapetaka yang terjadi.


Katanya, tanpa hala tuju pemerintahan yang jelas maka strategi terbaik menangani wabak tidak akan berjaya dilaksanakan.


"Dalam keadaan penuh genting, Parlimen Malaysia yang merupakan struktur demokrasi sesebuah kerajaan masih lagi digantung. Kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yasin perlu mempunyai “political will” yang benar-benar meletakan kepentingan rakyat sebagai perkara utama.

"Kerajaan pada hari ini seperti melepaskan batuk ditangga dan seperti tiada hala tuju yang jelas dalam mengawal pandemik Covid yang kian meruncing.


"Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang mengelirukan dan sering bertukar-tukar jelas membuktikan kerajaan tidak serius menangani pandemik.


"Selain itu, pembekalan dan pemberian vaksin yang masih ditahap rendah amat mengecewakan walaupun dana sebanyak RM5 bilion telah ditarah daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen yang jelas membuktikan ketidakupayaan kerajaan mendepani krisis," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru itu, Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja itu menyarankan agar Perdana Menteri mengenepikan ego beliau untuk duduk berbincang bersama Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencari kata putus dalam gerak kerja menangani Covid.


"Walaupun Parlimen tidak bersidang, sebagai alternatif kerajaan perlu melibatkan pemimpin pembangkang secara terus dalam perbincangan untuk mencari jalan terbaik bagi menangani pandemik Covid dengan lebih berkesan dan efektif.


"Saya berpendapat satu perbincangan secara menyeluruh antara Ketua Kerajaan, Tan Sri Mahiaddin bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar dan pempimpin-pemimpin kanan Pembangkang yang lain bagi menangani pandemik Covid perlu dilakukan.


"Perbincangan ini penting untuk menerima pandangan dan cadangan yang terbaik daripada semua pihak secara menyeluruh pada ketika kerajaan telah dilihat gagal mengawal krisis.


"Pandemik Covid-19 ini melibatkan kesihatan dan keselamatan awam yang memerlukan kerjasama dan bantuan daripada semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Nyawa rakyat menjadi taruhan sekiranya pandemik Covid tidak ditangani secara holistik," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page