top of page

Tangani anak keciciran, tingkat pendapat suri rumah tekad calon Pulai



Pilihan Raya Kecil (PRK) P161 Pulai telah memasuki minggu kedua kempen.


Dalam situasi pecutan semakin menghampiri garisan penamat, calon Pulai, Suhaizan Kaiat hari ini dalam Himpunan Wanita Perpaduan Johor 2023 berjanji untuk meningkatkan pendapatan suri rumah di parlimen itu sekiranya menang pada 9 September ini.


Katanya, usaha untuk meningkatkan pendapatan itu telah dimulakan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub namun kurang lancar pada waktu itu.


Namun sekiranya terpilih sebagai wakil kerajaan, kata Suhaizan, usaha itu akan diteruskan dengan kerjasama kementerian.


"Ada beberapa usaha akan dilaksanakan untuk membantu kaum suri rumah menambahkan pendapatan. Kita berikan ruang dan bantuan untuk memberi peluang perniagaan kecil kecilan.


"Cuma waktu itu ada sedikit masalah lesen, maka kita tangguhkan dulu. Tetapi matlamatnya adalah usaha untuk mengurangkan kos sara hidup dengan menambah pendapatan.


"Banyak lagi usaha untuk membangunkan wanita di seluruh negara," katanya.


Menurut Suhaizan lagi, beliau juga akan berusaha untuk memastikan pelajar yang keciciran di Pulai selepas pandemik Covid 19 lalu meneruskan pelajaran mereka seperti biasa


Katanya, banyak pelajar yang tidak meneruskan pendidikan kerana kekurangan motivasi.


"Semua kita akan kumpulkan dan beri motivasi kepada mereka


"Juga terdapat anak anak yang tercicir, akademiknya rendah, sebahagiannya mengambil keputusan tidak meneruskan pendidikan.


"Ini juga satu masalah dan kita sedang berusaha untuk berikakan satu bimbingan kepada mereka, sekurang kurangnya dapat sijil SPM. Dia ada sijil untuk meneruskan karier pada masa akan datang," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page