top of page

Tanah runtuh: PM arah misi mencari, menyelamat secara rapi, sistematik



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi arahan jelas supaya misi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor dilakukan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.


Melalui satu kenyataan, Anwar memaklumkan menteri-menteri terlibat akan turun ke lokasi, namun menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.


"Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.


"Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat," katanya menerusi kenyataan.


Kejadian tanah runtuh meliputi kawasan seluas sekitar satu ekar (0.4 hektar) dilapor berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi di Father's Organic Farm berhampiran jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands


Pasukan penyelamat dari Selangor dan Pahang turut serta dalam pencarian.


Setakat ini, lapan dilaporkan maut manakala 60 orang lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh awal pagi ini.


Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm).

"Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini," kata Anwar dalam kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page