Tanah runtuh di Selayang, Selangor sedia peruntukan RM46 juta baiki cerun



Hujan lebat pada pertengahan Disember lalu bukan sahaja menyebabkan banjir besar tetapi juga tanah runtuh di beberapa kawasan di Selangor.


Sehubungan itu, Menteri Besar (MB), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM46 juta bagi membaiki cerun di kawasan Selayang dan Ampang.


"Kita kenal pasti 6 kawasan di Selayang dan selebihnya di Ampang Jaya berisiko runtuhan. Kita perlukan sekitar RM46 juta untuk baik pulih kerosakan yang ada.


"Kejadian berlaku di tanah kerajaan tak ada masalah (untuk dibaiki). Kita juga akan bincang bersama Kerajaan Persekutuan untuk melihat bantuan yang boleh mereka berikan," katanya dalam lawatan ke Apartment Teratai, Bandar Baru Selayang yang mengalami hakisan cerun berhampiran bangunan.


Mengenai pembaikan di Pangsapuri Teratai itu, MB berkata, peruntukan RM1.5 juta akan diluluskan untuk mengukuhkan tebing.


Peruntukan RM1,000 juga akan diberi kepada mangsa yang diarah berpindah sementara sewaktu proses pembaikan berkenaan.


"Kita akan buat di bawah itu (pembaikan) tetapi ambil masa sikit dalam sebulan, paling lama 2 bulan.


"Esok lusa kita mula. Satu dua hari lagi kita akan luluskan RM1,000 setiap keluarga. Dalam seminggu mungkin boleh duduk di Dewan Siantan (pusat pemindahan) selepas itu terpulang sama ada duduk di rumah saudara atau menyewa di tempat lain.


"Kita akan kukuhkan tebing, penduduk kena duduk tempat lain, di chalet atau menyewa (rumah). Kita aturkan esok lusa pihak Majlis Perbandaran Selayang akan mulakan projek (kukuhkan cerun). Penduduk kena duduk jauh sikit, kita tak mahu ada risiko kerana sekarang musim hujan


"Selalunya sumbangan (bencana tanah runtuh) RM500 tetapi kali ini kita beri sama dengan mangsa banjir yang lain," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER