top of page

Tanah runtuh di Ampang: Kerja penstabilan cerun hampir siap



Kerja kerja menstabilkan cerun di lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang Jaya hampir siap dilakukan.


Exco infrastruktur Kerajaan Selangor, Ir Izham Hashim berkata pengukuhan tersebut membabitkan pembinaan parit mendatar (horizontal) dan menegak (vertical) yang menelan kos RM15 juta dan dijadual selesai sepenuhnya Mac tahun ini.


"Berdasarkan pengawasan dan pemantauan pelbagai agensi, bahagian cerun berkenaan menunjukkan sudah stabil.


"Ketika ini kerja menstabilkan sedang giat dijalankan di bahagian kiri dan kanan cerun berkenaan," katanya dipetik.


Insiden tanah runtuh di kawasan tersebut pada 10 Mac lalu telah meragut empat nyawa, seorang cedera ringan selain 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.


Menurut Izham lagi, hujan berterusan sebelum kejadian mengakibatkan air bertakung dalam kuantiti besar dan menjadi punca insiden terbabit.



"Di sini adalah kawasan tambakan yang dibina pada tahun 1980-an dengan sistem saliran tidak dibina dengan baik sehingga menyebabkan air bertakung.


"Sebanyak enam runtuhan tanah berlaku di kawasan ini dengan kali terakhir pada Disember tahun lalu, namun hanya membabitkan runtuhan kecil," katanya lagi.


Sementara itu, beliau menjelaskan terdapat beberapa rumah yang tidak selamat lagi untuk dihuni kerana berada terlalu dekat dengan tebing, selain berlaku keretakan struktur bangunan berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya serta Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) yang melakukan penelitian sejak beberapa bulan lalu.


"Penduduk belum tahu lagi berhubung perkara ini. Kita akan maklumkan dalam masa terdekat sebab memang ada keretakan besar serta tidak sesuai dihuni selain membahayakan kedudukan mereka.


"Walaupun cerun sudah stabil tetapi rumah mereka telah terkesan dan perlu dikosongkan,” kata Ir Izham semalam dalam lawatan untuk melihat progres projek menstabilkan cerun.


Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini bagi membincangkan tindakan susulan selain mencadangkan bantuan bagi mengurangkan beban penghuni.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page