top of page

Tanah Rizab Melayu meningkat, keluasan di Kedah menurun



Tanah Rizab Melayu (TRM) didapati meningkat di banyak negeri di Semenanjung kecuali di 3 negeri.


Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa), tanah TRM yang telah berkurangan sama ada diambil kerajaan atau sebagainya telah aktif digantikan oleh Kerajaan Negeri.


"Pada masa ini keluasan perwartaan Tanah Rizab Melayu sehingga 31 Dis 2022 adalah 4,996,406.42 hektar. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.67% berbanding 2021. Kementerian merekodkan data keluasan ini berdasarkan kutipan data pihak berkuasa negeri Semenanjung Malaysia


"Secara keseluruhannya semua negeri catat peningkatan TRM.


"Bagi maklumat perincian mengenai pembatalan (TRM) bagi negeri, ianya direkodkan oleh pihak berkuasa negeri masing masing selaras peruntukan Perkara 89 Perlembagaan yang melindungi Tanah Rizab Melayu yang tidak akan berkurang apabila berlaku pembatalan," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (PN - Maran).


Bagaimanapun, kata Nik Nazmi, Kedah didapati mengalami pengurangan TRM kerana Kerajaan Negeri masih belum menggantikannya.


"Kalau kita lihat secara terperinci butiran 2021 dan 2022, setiap negeri mencatat peningkatan Tanah Rizab Melayu kecuali Kedah yang menurun daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar, Kuala Lumpur daripada 1,003 hektar kepada 999.4 hektar dan Perak 95,342 hektar kepada 95,342," katanya.


Menjawab soalan tambahan Maran bahawa kaum Melayu dirugikan dalam isu TRM tersebut dan perlu dikeluarkan satu kertas putih mengenainya, Nik Nazmi tidak bersetuju kerana berdasarkan fakta jumlah keluasan TRM meningkat dari tahun ke tahun.


"Tidak ada kerugian dari sudut itu dan peningkatan yang diambil daripada pihak Kerajaan Negeri pada waktu ini ada dua pendekatan, sama ada ganti sama luas atau nilai strategik. Iaitu keluasan berbeza, nilai sama.


"Tidak perlu ada kertas putih dalam hal ini. Tanah Rizab Melayu terletak dalam bidang kuasa negeri selaras bidang pembahagian kuasa dalam Perlembagaan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page