top of page

Tanah Rizab Melayu: Jawapan di Parlimen dari data Pejabat Tanah Galian



Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menolak tuduhan pembangkang PN bahawa beliau cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapannya berkenaan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang berkurangan di Kedah pada 29 Mac 2023.


Menurut Nik Nazmi, fakta yang beliau gunakan disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), maka usul ke atas beliau untuk merujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen amat tidak wajar.


"Jawapan saya ketika sidang Parlimen pada 29 Mac 2023 telah disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) yang mengumpul data TRM oleh pihak pentadbiran tanah negeri setiap tahun.


"Saya sertakan surat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah bertarikh 30 November 2022 kepada JKPTG yang menyatakan keluasan TRM di Kedah sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam jawapan saya pada 29 Mac.


"JKPTG tidak menerima maklumat tambahan dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dari 1 Disember 2022 hingga 29 Mac 2023," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.


Data dari PTG sumber jawapan Nik Nazmi di Dewan Rakyat

Sebaliknya, maklumat yang didedahkan di Dewan Rakyat bahawa keluasan TRM di Kedah meningkat sebagaimana dibangkitkan oleh Ahli parlimen Sik tidak dikongsikan dengan pihak JKPTG.


"Saya telah menyatakan angka yang disediakan oleh JKPTG berdasarkan maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, dan saya yakin dengan kerja penjawat awam yang terlibat di peringkat Persekutuan dan Negeri.


"Saya juga mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah berkenaan peningkatan TRM Kedah dari 1933 sehingga hari ini.


"Namun, memandangkan beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2020, tentulah angka dari tahun 2021 hingga 2022 menjadi tumpuan, berbanding Kedah ketika era British dan ketika jajahan Jepun atau Siam pada Perang Dunia Kedua," katanya sinis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page