top of page

Tambahan petugas KKM 3,500 agak terlambat, proses vaksinasi perlu dirancang rapi



Pengambilan tambahan 3,500 petugas kesihatan pada hujung bulan ini bagi membantu tenaga kerja sedia ada di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disifatkan agak terlambat.


Menurut mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, tindakan tersebut sepatutnya dibuat ketika gelombang kedua Covid 19 melanda pada pertengahan tahun 2020, bukannya selepas gelombang ketiga seperti sekarang.


"Bagi saya terlalu lambat dan terlalu kecil (jumlah 3,500 orang) sebab sepatutnya pengambilan anggota baru itu dilakukan apabila kita berada di gelombang kedua Covid-19. Sekarang kita di gelombang ketiga baru nak menambah petugas kesihatan. Kes positif terlalu ramai barulah kerajaan mahu buat keputusan ini.


"Bagaimanapun, saya rasa lebih baik ditambah daripada tak ada langsung. Saya mencadangkan kita perlu ada kumpulan baru yang bekerjasama dengan masyarakat melalui Ketua Kampung, Ahli Majlis, JKKK supaya diwujudkan satu rangkaian dan bila ada masalah boleh buat semakan (kes Covid) dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau yang juga Jurucakap Kesihatan KEADILAN berkata, walaupun kerajaan berjanji proses vaksinasi akan selesai selepas setahun namun ada beberapa kekangan yang perlu dikaji sebelum mengedarkan kepada 32 juta rakyat yang bakal disuntik vaksin Covid-19 tersebut.


Katanya, kerajaan ketika ini lambat memberikan vaksin kerana kekurangan petugas kesihatan seperti jururawat dan doktor yang bertanggungjawab untuk menyuntik kepada rakyat dan perkara berkenaan harus diatasi segera.


"Saya rasa kita mesti realistik dalam proses pemberian vaksin. Pertama proses pemberian vaksin akan ambil masa yang panjang, kita tak boleh kata beri terus hari ini (sebaik tiba di Malaysia) sebab ini bukan seperti duit tunai. Kita juga perlu edarkan vaksin dengan keadaan logistik yang tertentu, maknanya perlu ada peti sejuk dan sebagainya. Ada setengah tempat misalnya di pendalaman elektrik pun tak ada macam mana nak ada peti sejuk.


"Kedua kita perlu ada anggota yang boleh beri vaksin, biasanya ia diberikan oleh jururawat atau doktor. Dalam keadaan ini, kita perlu ada anggota yang mencukupi untuk pemberian vaksin.


"Ketiga kita perlu memanggil rakyat untuk terima suntikan dan ini bukan satu kerja yang senang dan mengambil masa," katanya lagi.


Kerajaan mengjangkakan proses vaksinasi akan mengambil masa setahun mulai ketibaan pertama vaksin pada Februari ini sehingga Februari 2022 untuk memvaksinisasikan populasi rakyat Malaysia.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page