top of page

Tambah baik gaji penjawat awam, PM dijangka umum pada Hari Pekerja



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan cadangan penambahbaikan gaji penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja Mei ini.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, ia termasuk usaha-usaha yang bakal dilaksana untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih golongan tersebut.


Tambahnya, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 yang dipengerusikannya semalam hampir memuktamadkan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.


"Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini bagi membincangkan secara lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam.


"Alhamdulillah, mesyuarat hari ini hampir memuktamadkan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.


"InshaAllah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.


"Semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.


Melalui hantaran itu juga Anwar menegaskan, kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab tersebut dengan mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.


"Saya ingin tegaskan komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, disebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page