top of page

Tamatkan segera perintah darurat, negara semakin tidak stabil - William Leong


Pemerintahan darurat yang dimulakan pada 12 Januari lalu dikatakan bertujuan untuk menstabilkan negara dalam menghadapi pandemik Covid 19, kini semakin dipertikaikan.


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada awal tahun ini membayangkan pemerintahan darurat yang memberi kuasa tidak terhad menggunakan semua kemudahan akan mempercepatkan pengawalan jangkitan Covid yang mencecah 3,000 kes sehari waktu itu.


Malangnya selepas 3 bulan berlalu, jangkitan Covid masih di atas 2,500 kes sehari, sekolah yang dibuka akan ditutup sekali lagi selepas Hari Raya dan dana tambahan diperuntukkan untuk membeli vaksin namun suntikan kepada masyarakat awam masih terlalu lembab.


Hal-hal berkenaan, menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen mewajarkan darurat ditamatkan dan Parlimen dibuka semula bagi membincangkan strategi lebih berkesan menangani Covid.


"Pada saya ini bukan darurat untuk mencegah Covid. Kerajaan tahu wabak ini belum dapat dikawal sepenuhnya tetapi kita tengok sekolah dibuka dan apa yang berlaku, wujud kluster sekolah dan yang jadi mangsa adalah murid-murid dan guru-guru.


"Sekarang bazar Ramadan dibuka dengan SOP tidak diikuti secara baik, masih ramai yang bawa anak-anak mereka keluar. Keputusan kerajaan ini mendedahkan rakyat kepada penularan wabak


"Masalahnya semua dibuka untuk rakyat tetapi Parlimen ditutup. Justeru, kita mahu darurat ini ditamatkan kerana kita nampak tiada langkah terbaik untuk kekang wabak ini sekarang," katanya.


William juga mengkritik cara kerajaan PN menjalankan suntikan vaksin. Katanya, fasa kedua yang menjanjikan masyarakat awam mendapat vaksin berjalan sangat lembab.


Menurut beliau, pendekatan yang lebih baik perlu diambil atau pun kerajaan PN berundur sahaja dan diambil alih oleh kerajaan yang lebih efisyen.


"Kita melihat vaksin tak cukup, kadar rakyat untuk dapatkan vaksin sampai hari ini sangat rendah. Adakah kerana kerajaan kekurangan wang seperti yang dinyatakan Muhyiddin baru-baru ini?


"Hari ini kerajaan menggunakan dana daripada tabung-tabung lain. Berapa bilion pakej rangsangan diumumkan tapi kita tak tahu wang datang dari mana, cakap sahaja, peruntukkan kosong.


"Mereka umum bajet itu dan ini tetapi nak laksanankanya tidak mampu. Mereka sendiri tak ikut SOP. Kerajaan pintu belakang ini tak ada "political will" sebab itu hal rakyat tidak dibentangkan di Parlimen.


"Jadi lebih baik mereka berundur dan kembalikan semula kerajaan yang dipilih oleh rakyat," ulasnya.


William berharap pemerintahan demokrasi akan segera dilaksanakan sebelum keadaan benar-benar terlambat dan tiada lagi pelabur akan masuk ke Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page