top of page

Tamatkan pertikaian undang-undang syariah negeri - MAIS



Oleh: Helmi Mohd Foad


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas untuk membuat kajian tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menggubal undang-undang Islam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata perkara itu termasuk mencadangkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 berkaitan bidang kuasa jenayah syariah negeri.


Kata beliau langkah itu selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) sempena Mesyuarat MKI Kali ke-70 baru-baru ini.


"MAIS sentiasa komited untuk memperkasa perundangan lslam di Negeri Selangor. Justeru itu, MAIS menyatakan komitmen dan mengharapkan Kerajaan Persekutuan agar melibatkan Majlis Agama Islam Negeri termasuk MAIS untuk bersama-sama dengan jawatankuasa khas yang dibentuk.


"Ini adalah untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berhubung dengan kompetensi badan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang Islam demi untuk menjaga kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama negeri," katanya.


Terdahulu MAIS menzahirkan kebimbangan berhubung dengan gerakan pihak tertentu yang secara halus cuba untuk menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama Negeri dan agama Persekutuan melalui proses litigasi mahkamah.


"Ini termasuk mempertikai bidang kuasa negeri dalam menggubal peruntukan undang-undang Islam yang kebanyakannya adalah kelestarian daripada undang-undang Islam yang telah diamalkan dan dikuatkuasakan di negeri-negeri di Malaysia sebelum pembentukan Perlembagaan Persekutuan," kata Abdul Aziz.


Merujuk kepada kes Nik Elin yang memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019, MAIS menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan perkara berkaitan pentadbiran keadilan, katanya.


"Namun MAIS berpendirian bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mengelak pertikaian seperti kes Iki Putra dan kes Nik Elin ini berlaku lagi pada masa akan datang. Ini kerana pertikaian seperti ini hanya akan menjejaskan kuasa negeri berhubung dengan agama Islam," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page