top of page

Takiyuddin sebar rasa takut berunsur perkauman - Syerleena

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid (gambar), menempelak Pas kerana mempolitikkan rombakan Kabinet dengan menanam ketakutan berunsur perkauman demi meraih keuntungan politik.


Beliau berkata dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya pelantikan dua pemimpin berbangsa Cina dalam portfolio Wilayah Persekutuan mengukuhkan dominasi DAP, hanyalah naratif menakut-nakutkan yang memesongkan fakta tadbir urus.


"Tiada apa yang luar biasa atau membimbangkan tentang rombakan Jemaah Menteri. Ia hanya menjadi ‘krisis’ apabila ia sengaja disalahertikan.


"Rombakan Jemaah Menteri hanya kelihatan mengancam bagi pihak yang politiknya bergantung pada kekecualian, kawalan, dan takut berkongsi kuasa," menurutnya menerusi satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama, Syerleena mempersoalkan motif di sebalik kebimbangan yang dibangkitkan oleh Takiyuddin.


Beliau menggesa rakyat membezakan antara kebimbangan tulen tentang tadbir urus dengan drama politik.


"Sebagai seorang Muslim, saya menyatakan tanpa ragu: Islam tidak mengajar kita untuk memerintah melalui panik dan syak wasangka. Ia mengajar kita tentang amanah, keadilan, dan kebertanggungjawaban.


"Ia mengajar pemimpin untuk dinilai berdasarkan kecekapan dan integriti — bukan berdasarkan betapa kuat mereka melaungkan khayalan pengambilalihan kuasa," tegasnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page