Tak tahu pasal projek runding terus? Sah Zuraida tidur


Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang tidak mahu mengaku terdapat projek runding terus ternyata terkena balik kepada dirinya sendiri.


Ini selepas pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz berhubung 101 projek dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menunjukkan bahawa terdapat dua projek runding terus dibawah kementerian yang diterajui Zuraida.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendedahan tersebut tidak memberikan kesan besar kepada PH, sebaliknya kepada menteri pengkhianat.


Malah, beliau mengakui memang terdapat projek runding terus ketika berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tidak seperti Zuraida.


"Amaun peruntukan projek runding terus dari kementerian di bawah Zuraida ialah RM170 juta iaitu projek yang berkaitan dengan sampah dan kemudian projek itu diberikan kepada satu lagi syarikat bernilai RM120 juta. Tapi dia kata dia tak tahu menahu.


"Dalam pendedahan itu, terdapat projek yang melibatkan KPDNHEP bernilai RM160 juta iaitu promosi dan kempen beli barangan buatan Malaysia dengan menggunakan Airasia yang menerbangkan 100 juta penumpang setahun, itu sememangnya dalam pengetahuan saya.


"Kalau RM170 juta tidak ada dalam pengetahuan Zuraida, dan dia kata baru nak siasat, sah dia tidur.


"Pendedahan itu ternyata sebenarnya tak mensasarkan kita sangat tapi kepada menteri pengkhianat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER