top of page

Tak demokratik langsung-Khalid Samad

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • May 18, 2020
  • 1 min read

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kekal dengan pendirian untuk mengadakan sidang Parlimen sehari tanpa perbahasan dan sesi soal jawab.


Beliau berkata, PN langsung tidak memberikan peluang untuk mengadakan perbincangan mengenai isu semasa seperti wabak COVID-19, sekaligus mengabaikan demokrasi berperlembagaan yang menjadi prinsip dalam pentadbiran negara selama ini.


"Saya amat kecewa apabila kerajaan tetap dengan pendirian tak mahu buat sidang penuh.


"Sudahlah buat tindakan pun acuh tak acuh, sidang Parlimen pun dibuat sekadar ikut syarat sahaja. Tak ada semangat demokrasi langsung," katanya menerusi akaun Facebook rasmi live Akmal Nasir.


Sidang Parlimen hari ini bersidang dengan Ahli Parlimen hanya perlu hadir, duduk mematuhi penjarakan sosial dan mendengar titah Yang di-Pertuan Agong.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page