top of page

Tahun ke-7 program korban Selangor: 1,000 kambing, 700 lembu diagih

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor meneruskan Program Sumbangan Ibadah Korban bagi tahun ketujuh berturut-turut.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesinambungan program ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri memastikan pelaksanaan ibadah korban berjalan lancar, teratur dan menyeluruh.


Lebih penting jelasnya, program itu sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu masyarakat, khususnya golongan kurang berkemampuan, melaksanakan ibadah tersebut sempena Aidiladha.


"Tahun ini, Kerajaan Selangor menyumbangkan sebanyak 1,000 ekor kambing dan 700 ekor lembu untuk diagihkan kepada masjid, surau serta badan-badan masyarakat terpilih.


"Dengan semangat Kita Selangor, sumbangan ini memberi peluang kepada mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tetapi belum berkemampuan," katanya menerusi siaran media semalam.


Rakaman video itu ditayangkan pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, di Shah Alam pada Isnin.


Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin memaklumkan sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut pada tahun ini.


Sehubungan itu beliau mengingatkan anak syarikat kerajaan negeri yang bertindak sebagai ejen pelaksana agar memastikan haiwan korban memenuhi syarat sah dari segi hukum syarak.


"Ini penting bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit. Selain itu, jawatankuasa masjid dan surau juga perlu memastikan daging diagihkan kepada penerima dalam keadaan baik," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page