Tahun Baharu Cina seharusnya digunakan untuk saling memahami sesama kaum di Malaysia.
Hal itu diungkapkan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurut beliau, walaupun dibesarkan di Terengganu yang amat kurang kaum Tiuoghua dan jarang berinteraksi bersama murid berbilang kaum sejak era persekolahan sehinggalah melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Rafizi tetap mempunyai pengalaman rapat dengan guru guru yang berlainan kaum.
Terutama, katanya Ms Liew Lai Chun yang mengajar beliau subjek Kimia dan kini telah bersara dan menetap di Taiping, Perak.
"Sudah tentu ramai juga di kalangan kita yang kurang arif mengenai budaya memberi dan menerima limau mandarin semasa perayaan Tahun Baru Cina.
"Ia melambangkan kesejahteraan dan rezeki yang lebih baik kerana limau mandarin dalam dialek Mandarin-Kantonis berbunyi “kam” yang bunyinya bermasuk emas dalam dialek yang sama.
"Sama-samalah kita belajar dari pengalaman dan ilmu masing-masing. Malaysia ini terlalu besar untuk disempitkan dengan kebencian dan kemarahan kerana kita tidak saling memahami sesama kita," katanya yang juga Menteri Ekonomi.
Rafizi turut mengucapkan selamat bercuti dan menyeru agar rakyat tidak lupa akan keselamatan jalan raya ketika memandu.
Comments