top of page

Tahun Baharu Cina titik permulaan semangat kebersamaan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 29
  • 1 min read

ree

Rakyat Malaysia diseru menjadikan Tahun Baharu Cina kali ini sebagai satu titik permulaan baharu dalam memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapan sempena perayaan itu menekankan falsafah Confucius yang menyatakan betapa keharmonian menjamin kekuatan dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Tionghua.


Tambahnya, falsafah kenegaraan itu bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan (sistem) yang madani.


"Ia menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.


"Justeru jadikan Tahun Baharu ini sebagai satu titik permulaan yang baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.


"Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page