top of page

Tahun 2023, Kerajaan Selangor harap pertumbuhan ekonomi lebih baik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 1, 2023
  • 2 min read


Kerajaan Selangor berharap pertumbuhan ekonomi negeri tahun ini akan lebih baik berbanding tahun lalu.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam perutusan tahun baharunya memuji kerja keras rakyat negeri dalam memastikan Selangor menyumbang 24.8% kepada KDNK Malaysia, jumlah yang tertinggi bagi seluruh negara.


Beliau juga berkata, melalui Pembentangan Belanjawan Selangor 2023 Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menyediakan satu pelan ekonomi yang komprehensif menghadapi jangkaan kemelesetan ekonomi dunia


"Pelbagai aspek diambil kira terutama penambahan peruntukan bagi Baucar Jom Shopping, Baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE), peningkatan elaun Ketua Kampung Tradisi, Kg Baru Bagan dan Ketua Komuniti India, penambahan elaun Guru KAFA serta tambahan caruman Ibu Tunggal melalui Skim i-Suri KWSP.


"Kesemua ini adalah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan rakyat Selangor dapat bersedia menghadapi jangkaan kemelesetan ekonomi pada tahun 2023," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berharap kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan negeri itu selaku ‘the economic heartbeat of Malaysia’.


Naib Presiden KEADILAN itu turut membangkitkan tragedi duka yang melanda rakyat Selangor pada 2022 lalu apabila banjir besar yang berlaku Disember 2021 terus berlarutan hingga Januari 2022.


Manakala episod tragedi tanah runtuh di Batang Kali baru-baru ini menyayat hati dan memilukan. Kerajaan Negeri, katanya merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga 31 mangsa korban tragedi berkenaan dan merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat di Batang Kali.


"Tentu sekali tahun 2023 dijangka tidak kurang cabaran dan ujian yang bakal mendatang. Ancaman konflik Russia - Ukraine serta pandemik Covid-19 yang masih segar merupakan antara ancaman nyata.


"Ketidaktentuan serta jangkaan kemelesetan ekonomi pada 2023 turut memberi prospek yang kelam kepada kita semua.


"Kerajaan Negeri sentiasa bersedia dengan segala macam kemungkinan. Keutamaan pentadbiran ini tentunya meneruskan

dasar dan kebijakan yang akan meningkatkan daya tahan (resilience) ekonomi negeri. Usaha ke arah memastikan jaminan bekalan makanan (food security), pendidikan, keselamatan siber dan kesihatan awam tetap menjadi perhatian Kerajaan Negeri pada masa yang sama," katanya.


Amirudin turut menyentuh berhubung Pilihanraya Negeri Selangor yang bakal dilaksanakan pada 2023


Katanya, Pakatan Harapan yang memerintah negeri mengharapkan rakyat Selangor memberikan sekali lagi mandat kepada PH untuk meneruskan kecemerlangan dan kejayaan di bumi Darul Ehsan.


"Sejak 2018, prestasi PH telah terbukti dalam mengekalkan kedudukan Selangor sebagai pasak dan tiang seri negara.


"Selain itu, Kerajaan Negeri yang ditunjangi PH di Selangor telah menunjukkan contoh ataupun ‘leading the way’ dalam pengurusan pandemik Covid-19 berdasarkan fakta dan sains dan meneruskan agenda ‘Selangor Penyayang’ menerusi 48 program dan iltizam bagi kebajikan rakyat.


"Sudah tentu PH tidak sempurna dan mempunyai kelemahan. Namun berbekalkan iltizam dan tekad bagi membangun sebuah negeri yang makmur, rencam dan sentosa, PH telah menunjukkan ‘political willingness’ untuk mentadbir negeri ini

dengan stabil dan berintegriti," katanya lagi.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page