'Tahniah Pas - Bersatu dengan ikhlas hati kembali bersama kleptokrat'


Retorik Bersatu dan Pas mengecam kluster mahkamah di dalam Umno yang terlibat merancang dan melaksanakan penarikan sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional, bertahan hanya 3 hari.


Bekas Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin dalam ucapan peletakkan jawatannya pada 16 Ogos berikrar tidak akan tunduk kepada kluster mahkamah di dalam Umno, namun pada 19 Ogos gembira dengan calon PM baharu dari parti itu dan kluster mahkamah kembali duduk di sebelah beliau.


Begitu juga Pas yang mencaci puak kleptokrat Umno kerana menumbangkan kerajaan PN tetapi pada 19 Ogos bersorak riang bila puak kluster mahkamah kembali bersekutu dan membentuk kerajaan.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Johor, Faezuddin Puad, drama pelantikan PM ke 9 telah mendedahkan kepada dunia betapa hipokrit dan rendahnya maruah para pemimpin Bersatu dan Pas.


"Tahniah saya ucapkan kepada Pas - Bersatu kerana akhirnya mereka berbesar hati, rela hati dan ikhlas untuk sebumbung dengan kleptokrat atau kluster mahkamah di bawah kerajaan BN. Sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak selama ini Anwar Ibrahim menjalin kerjasama dengan Zahid Hamidi mahupun Najib Razak.


"Dengan pelantikan ini bererti akan bermula semula era pemerintahan BN dan terkuburlah kerajaan PN. Setelah Bersatu hilang jawatan MB Johor, MB Perak dan kini kehilangan jawatan Perdana Menteri. Tak mustahil Pas juga akan kembali membodek Umno dan keluar PN untuk tubuhkan Muafakat Nasional secara rasmi. Terbukti hari ini, Bersatu naik dengan pengkhianatan, turun juga dengan pengkhianatan," katanya.


Menurut Faezuddin lagi, masa hadapan Bersatu tidak akan secerah ketika PM Mahiaddin berkuasa, selepas ini.


Beliau mengjangkakan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, Bersatu akan menerima 'cakaran maut' Umno dalam pembahagian kerusi kerana mereka akan bertanding di kubu-kubu Umno.


"Dengan pelantikan ini bererti tempoh hayat Bersatu bakal menjadi pendek, boleh jadi parti ini terhapus sebelum PRU 15 atau tewas besar selepas PRU15.


"Semua sedia maklum kerusi yang Umno tandingi adalah kerusi yang sama Bersatu akan tanding. Dua parti ini berkongsi matlamat dan tujuan yang sama. Untuk menjadi payung kepada bangsa Melayu. Sudah tentu Umno mahu dilihat sebagai jaguh orang Melayu berbanding Bersatu. Jadi Bersatu perlu dilemahkan seberapa segera yang mungkin," katanya.


Selain itu, menurut beliau, perebutan untuk mengembalikan kuasa kepada Umno ini juga membuktikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gila kuasa sebagaimana yang dituduh musuh politiknya sebelum ini, kerana yang menjatuhkan pentadbiran Mahiaddin adalah pemimpin Umno tanpa campurtangan Anwar mahu pun Pakatan Harapan (PH).


"Dengan pelantikan ini membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar bukan gila kuasa, kerana yang menarik sokongan terhadap Mahiaddin adalah Umno, buat mesyuarat bersemuka waktu PKP dan yang sibuk ke sana sini kumpul SD untuk Ismail Sabri adalah Umno. Abang Johari Pengerusi GPS juga membenarkan hal ini apabila berkata Datuk Seri Anwar tidak menghubunginya untuk mendapatkan sokongan.


"Segala usaha yang dilakukan Datuk Seri Anwar dan PH adalah semata-mata mendapatkan semula mandat rakyat di tengah-tengah kecamukan Umno-Bersatu merebut jawatan PM.


"Kritikan PH terhadap tindak tanduk kerajaan gagal selama ini juga bukan petanda Datuk Seri Anwar gila kuasa sebaliknya dilakukan semata-mata atas rasa cinta kepada tanah air. Siapa sanggup lihat rakyat menderita dengan Covid-19, kehilangan kerja, kehilangan orang tersayang, ekonomi negara merudum? Melainkan pemimpin tertentu yang mempunyai agenda peribadi merancang dengan sengaja melengahkan proses pemulihan negara supaya boleh terus kekal berkuasa," katanya.


Manakala kepada penyokong PH, Faezuddin berharap agar mereka berlapang dada. Tidak bermakna kalah dalam pertempuran akan kalah selamanya.


Sebaliknya pertempuran besar yang menanti adalah dalam PRU ke 15 yang dijangka pada Mei 2023.


"La Tahzan, kita move on. Kita terima pelantikan ini. Saya percaya anggota dan pimpinan PH tidak akan sama sekali berputus asa dan bersedih, khidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing tetap berjalan, kritikan dan idea penambahbaikan serta menjadi agen semak dan imbang kepada kerajaan Ismail Sabri akan tetap diteruskan.


"Bukan apa, bimbang menjadi kerajaan Gagal 2.0 kerana dalam kerajaan Ismail Sabri hari ini masih terdapat muka-muka yang sama dalam kerajaan Gagal 1.0.


"Dalam keadaan begini diharapkan KEADILAN, Amanah dan DAP akan istiqamah kekal utuh dalam PH, bersama perkemaskan jentera untuk hadapi PRU15 sebaik sahaja negara pulih daripada Covid-19.


"Kita percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah. Pada PRU15 nanti PH akan bangkit tewaskan para pengkhianat, kleptokrat dan penjual agama," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER