top of page

Tahan anak muda tular di media sosial langkah terdesak Kerajaan BN?



Kerajaan BN - PN kelihatan semakin hilang arah dan terdesak menghadapi suara kritikan anak muda di media sosial setelah gagal mengawal inflasi.


Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, insiden mengheret mantan Senator, Siti Aishah Shaik Ismail semalam ke Balai Polis Sungai Senam, Ipoh bolehlah dianggap satu manifestasi kepanikan terhadap penentangan anak muda yang seharusnya ditangani kerajaan secara berhikmah atau lebih munasabah.


"Saya lihat ramai pimpinan (pembangkang) tegur pemerintah, contohnya apabila Rafizi beri formula, respons Umno adalah herdik. Bila saya sampaikan pandangan tentang penampilan Perdana Menteri, saya diejek.


"Bila Siti Aishah menyuarakan apa yang dirasakan oleh rakyat melalui TikToknya, dia ditahan.


"Jadi kita lihat respons secara umum terutama dari Umno terhadap pimpinan KEADILAN adalah memperlekeh, ejek atau dia ditahan.


"Mereka gunakan sistem (perundangan) untuk buat penahanan, mengertak, menakut nakutkan. Namun bagi kami dah biasa dengan perkara ini. Lagi ditekan, lagi kita lawan," katanya.


Bagaimanapun tegas Fahmi, tekanan yang keterlaluan tidak baik untuk pemahaman anak muda terhadap demokrasi di Malaysia.


Tekanan daripada kerajaan, katanya, hanya akan menyebabkan mereka lebih kuat menentang dan menganggap pemerintah gila kuasa dan tidak boleh 'dibawa berbincang'.


"Apa yang saya lihat, rakyat bila dia nampak satu video viral dan pembikin video itu ditahan maka rakyat lagi nak tahu apa yang dibuat oleh pembikin video itu.


"Maka secara tak langsung kita kena ucap terima kasih juga kepada Umno BN mempromosikan seorang anak muda bekas senator, yang bagi saya mampu membawa cerita rakyat.


"Promosi seperti ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Jadi kita kena ucapkan terima kasih," katanya sinis.


Siti Aishah dalam kenyataan media selepas disoal siasat selama 3 jam semalam berkata, tidak akan gentar dan akan meneruskan usaha untuk mengkritik kerajaan sehingga mereka menghormati suara rakyat mengawal harga barang dan kos sara hidup.


Sikap menekan kerajaan tidak pernah melemahkan aktivis anak muda dalam membela kebajikan rakyat marhaen.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page