top of page

T'ganu dapat wang ehsan, kenapa tidak bantu jemaah haji seperti Selangor?



Kerajaan Negeri Terengganu telah pun menerima wang ehsan berjumlah RM172.3 juta pada April lalu daripada Kerajaan Persekutuan, yang boleh dibelanjakan untuk kemaslahatan rakyat.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, alangkah baik sekiranya kerajaan Pas Terengganu mengikut contoh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang membantu jemaah haji di negeri itu menggunakan lebihan kewangan negeri.


Katanya, Terengganu yang mempunyai belanjawan tahunan melebihi RM1 bilion sebagaimana Selangor sebaik baiknya mencontohi polisi kebajikan negeri PH itu dalam memberi bantuan kepada jemaah haji muassasah.


"KEADILAN Kemaman bertanya kepada Kerajaan Negeri Terengganu, kerajaan Selangor beri insentif untuk 6,000 jemaah haji (muassasah) tahun ini.


"Baru baru ini pula Kerajaan Negeri Terengganu dapat wang ehsan. Tidak adakah cadangan untuk beri insentif seperti kerajaan Selangor?


"Sedangkan rakyat Terengganu berhak menikmati duit kerajaan pusat yang diberi melalui Kerajaan Negeri itu," katanya kepada Suara Keadilan.


Sehubungan itu, katanya, KEADILAN Kemaman mendesak Kerajaan Negeri mengagihkan sebahagian wang ehsan tersebut untuk membantu jemaah haji muassasah Terengganu seperti yang dilakukan oleh Selangor.


Untuk rekod, kerajaan Selangor menyediakan bantuan RM500 kepada jemaah haji yang layak pada setiap tahun sebagai penghargaan kepada rakyat yang berusaha membangunkan negeri.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page